Thursday, December 29, 2011

Mengumpat

Ramai yang tahu mengumpat itu tidak baik dan berdosa. Sesiapa pun tidak mahu dirinya diumpat ataupun ceritanya dijaja ke sana sini. Namun, ia sering berlaku tidak kira kepada perempuan atau lelaki. 

Apakah punca-punca yang menyebabkan diri liat dan payah untuk meninggalkan perbuatan buruk ini?? 

MY HERO

Ini adalah antara foto-foto Baby Muhammad ketika usianya baru sehari..

Masih kat hospital..(time ni tgh tggu ayah settlekan bil hospital)



Time ni muka masih sembab lagi..tp, rambut dh pacak..heheheheh

Dah balik ke rumah Cik Un/Cik Wun..
Hari kedua.

                                                                                    Dah pandai nangis jerit2..

Wednesday, December 28, 2011

PERMATA HATI

Baby Muhammad Aisyh Naufal (2months old)


Kak Long, Angah & Baby Muhammad


BIBIK

Aaarrgghhh.. I need a maid urgently.. Kami sangat2 perlukan maid kat rumah. Anak2 dah besar, dah pandai merungut taknak pergi taska. Buat masa ni, Kak Long, Angah dan baby Muhammad semuanya dok kat Taska Sinar Harliza (ownernye, kakak sebelah rumah). Every month, nearly RM700 kena bayar kat taska tu tak termasuk bayaran OT sbb mama dan ayah ambik lambat. Apa-apa pun, mama berdoa everything berjalan lancar. But, we still need a maid at home. (Walaupun dah macam2 perangai maid kami jumpa, tp manalah tau kali ini kami dapat maid yang betul2 nak kerja dan boleh buat kerja). Ya Allah bantulah kami..

Friday, December 23, 2011

BABY BARU

Salam..hahaha.. Dah sangat lama tak tulis kat blog nih, busy la kekonon.. Sampaikan dah ada baby baru dah.. MUHAMMAD AISYH NAUFAL yang lahir pada 12.10.11.. Sebenarnya, due date utk baby Muhammad 6.10.2011, tapi macam biasa kandungan mama akan over due macam Kak Long and Angah (Najwa - yg dh biasakan diri dengan panggilan Angah).. Doktor cakap masa last check-up, kalau tak sakit atau keluar tanda2 nk bersalin pada 6.10.11, mama perlu datang hospital pada 12.10.2011 untuk diinduce (paksa bersalin). Hhmmmpppp...mama pasrah je pada Yang Maha Kuasa.. Seperti yang dijangka, 6.10.11, mama masih sihat alhamdulillah. Tapi, untuk pastikan yang mama ok, ayah bawak mama jumpa doktor (kat klinik) pada hari due date tuh, 6.10.11. Doktor kata kalau takde tanda juga, datang balik untuk check-up pada 10.10.11. On 10.10.11, mama jumpa doktor lagi and buat ultrasound sekali lagi. Doktor bagitau, air ketuban dh kurang and he advised mama to go to hospital esoknya, 11.10.11.

So, mama pun bersiap-siapla untuk pegi hospital pada 11.10.2011 dengan harapan mama akan diinduce pada hari tu dan baby pun dapat dilahirkan pada hari itu juga; tarikh cantik; 11.10.11. Tapi, Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Mama hanya diinduce pada pagi 12.10.11 dan mama telah dimasukkan ke labour  room lebih kurang pukul 7.00 mlm. Maka bermulalah pertarungan mama dengan kesakitan yang tak tertanggung. Akhirnya, pada pukul 10.10 mlm 12.10.11, seorang baby boy yang comel telah lahir ke dunia. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan anak lelaki kepada kami. Terima kasih Allah.




Monday, May 16, 2011

Janji

Hari ni macam biasa Kak Long tak nak gi sekolah..macam2 alasan, penatlah, ngantuk nk tido lah, kawan2 lain ada yg cuti lah dan macam2 lagi..Lama jugak lah ayah pujuk Kak Long suh bangun tido, tp tak berjaya..
Nampaknya, mama kena masuk campur jugak nih..So, mama dengan semangat waja memujuk Kak Long.. "Hari ni je Kak Long sekolah, esok dah cuti dah, esok boleh bangun lambat"..Kak Long still tak buka mata sambil merengek2 tak nak gi sekolah..Mama meneruskan misi memujuk Kak Long.."Esok cuti, mama masak nasi impit. Kak Long suka nasi impit kan?? Kita buat kek..nak? Tp hari nih Kak Long kena pegi sekolah dulu, esok baru boleh cuti, mama pun cuti." Kak Long pun perlahan-lahan bangun..alhamdulillah..
Mmmmppp...dah berjanji dengan Kak Long plak. Nampaknya, mama kenalah masak nasi impit esok, yg palingnya best kena buat kek...So, tengok je lah esok, apa yang akan berlaku esok....WAIT AND SEE..

Monday, January 24, 2011

Lambat Lagi..

Hari ni hari isnin, macam biasa kami akan kelam kabut sket pepagi isnin nih..hari ni mama ada mention kat court, hhmmmppp..mesti lambat.. pagi tadi bila mama nak mandikan Kak Long, Adik pun sibuk nak mandi, menangis-nangis..jadi, mama pun terpaksalah mandikan Adik sekali. Dah lambat.. bila semua dah siap, tudung mama plak blom iron, so mama pun iron lah, dah lambat lagi.. pastu, bila dah breakfast, nak masuk kereta, Adik plak nangis-nangis nak ikut, kena pujuk Adik plak, dah lambat lagi.. lepas hantar Kak Long kat tadika, ayah terus hantar mama ke LRT Taman Jaya, tapi jem sesangat... Nak turun ke Federal Highway pun, dekat 15 minit...hhmmppp..dlm hati mama kata, mesti lambat nih..masuk fed highway, alhamdulillah, ok, not so cramped..Tapi, bila masuk NPE, aaaarrrggghhhhh, teruk tol jemnyer...sampai kat LRT Taman Jaya pukul 8.30 pg...Lambat lagi mama nih...

Sunday, January 16, 2011

sarapan..

Pagi nih tak tau nak buat sarapan ape...ayah suka penkek, mama plak teringn nk mkn lempeng...akhirnya, mama decided buat dua2...sebagai anak2, kak long and adik..pilih je lah..nk mkn ape ek...penkek @ lempeng..
lempng nih, sedapnya cicah ngn sambal jawa..tp, nanti pedas sgt takde sape plak yg nak makan, oleh yg demikian, mama pun buat sam bilis merah..kurang sket pedasnya, kak long pun suka..


 

Friday, January 14, 2011

Jemputan...

Ade jemputan kawen hari sabtu nih (15/1/11) di melaka..macam malas nak  gi..tp, dah org jemput, mesti kena pegi..hhmmm..buat mase nih, masih belom decide lagi samaade nak gi atau tak..

Wednesday, January 12, 2011

kembali ke rahmatullah..

Pagi ni, kami terima panggilan telefon daripada emak yang mengatakan adik kepada Kak Ngah telah meninggal dunia sebab terlibat dalam satu kemalangan pagi ni time arwah ke tempat kerja di Unisel. Innalillahiwainnailaihirajiun.. semoga keluarga arwah tabah dan sabar menghadapi dugaan dari Allah ini. InsyaAllah, disebalik kesedihan ini, pasti telah menunggu suatu kegembiaraan..percayalah..tapi, kami tidak dapat pulang ke kampung untuk ziarah keluarga Kak Ngah..hanya ucapan takziah yang dapat kami sampaikan..kami doakan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yg beriman..amiinn..al-fatihah..

kami baru saja buka blog.

Teruja rasenye ada blog..hahahahha..best, best. dah lame merancang, tapi selalu tertangguh dek kerja rumah yg tak pernah surut..ade aje yang kunjung tiba..so, sekarang alhamdulillah, dapat gak mencreate satu blog..inilah blog pertama kami..