Thursday, December 29, 2011

Mengumpat

Ramai yang tahu mengumpat itu tidak baik dan berdosa. Sesiapa pun tidak mahu dirinya diumpat ataupun ceritanya dijaja ke sana sini. Namun, ia sering berlaku tidak kira kepada perempuan atau lelaki. 

Apakah punca-punca yang menyebabkan diri liat dan payah untuk meninggalkan perbuatan buruk ini?? 

MY HERO

Ini adalah antara foto-foto Baby Muhammad ketika usianya baru sehari..

Masih kat hospital..(time ni tgh tggu ayah settlekan bil hospital)



Time ni muka masih sembab lagi..tp, rambut dh pacak..heheheheh

Dah balik ke rumah Cik Un/Cik Wun..
Hari kedua.

                                                                                    Dah pandai nangis jerit2..

Wednesday, December 28, 2011

PERMATA HATI

Baby Muhammad Aisyh Naufal (2months old)


Kak Long, Angah & Baby Muhammad


BIBIK

Aaarrgghhh.. I need a maid urgently.. Kami sangat2 perlukan maid kat rumah. Anak2 dah besar, dah pandai merungut taknak pergi taska. Buat masa ni, Kak Long, Angah dan baby Muhammad semuanya dok kat Taska Sinar Harliza (ownernye, kakak sebelah rumah). Every month, nearly RM700 kena bayar kat taska tu tak termasuk bayaran OT sbb mama dan ayah ambik lambat. Apa-apa pun, mama berdoa everything berjalan lancar. But, we still need a maid at home. (Walaupun dah macam2 perangai maid kami jumpa, tp manalah tau kali ini kami dapat maid yang betul2 nak kerja dan boleh buat kerja). Ya Allah bantulah kami..

Friday, December 23, 2011

BABY BARU

Salam..hahaha.. Dah sangat lama tak tulis kat blog nih, busy la kekonon.. Sampaikan dah ada baby baru dah.. MUHAMMAD AISYH NAUFAL yang lahir pada 12.10.11.. Sebenarnya, due date utk baby Muhammad 6.10.2011, tapi macam biasa kandungan mama akan over due macam Kak Long and Angah (Najwa - yg dh biasakan diri dengan panggilan Angah).. Doktor cakap masa last check-up, kalau tak sakit atau keluar tanda2 nk bersalin pada 6.10.11, mama perlu datang hospital pada 12.10.2011 untuk diinduce (paksa bersalin). Hhmmmpppp...mama pasrah je pada Yang Maha Kuasa.. Seperti yang dijangka, 6.10.11, mama masih sihat alhamdulillah. Tapi, untuk pastikan yang mama ok, ayah bawak mama jumpa doktor (kat klinik) pada hari due date tuh, 6.10.11. Doktor kata kalau takde tanda juga, datang balik untuk check-up pada 10.10.11. On 10.10.11, mama jumpa doktor lagi and buat ultrasound sekali lagi. Doktor bagitau, air ketuban dh kurang and he advised mama to go to hospital esoknya, 11.10.11.

So, mama pun bersiap-siapla untuk pegi hospital pada 11.10.2011 dengan harapan mama akan diinduce pada hari tu dan baby pun dapat dilahirkan pada hari itu juga; tarikh cantik; 11.10.11. Tapi, Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Mama hanya diinduce pada pagi 12.10.11 dan mama telah dimasukkan ke labour  room lebih kurang pukul 7.00 mlm. Maka bermulalah pertarungan mama dengan kesakitan yang tak tertanggung. Akhirnya, pada pukul 10.10 mlm 12.10.11, seorang baby boy yang comel telah lahir ke dunia. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan anak lelaki kepada kami. Terima kasih Allah.