Thursday, March 29, 2012

Kek Marble

Hari tu mama buat kek marble. Resepi ambik kat internet. Tapi, tak berapa jadi sebenarnya. Apa-apa pun, mama suka sebab anak-anak mama suka. Makan sampai habis.



Friday, March 23, 2012

Kek Pisang Gebu

Resepi kek pisang nih, mama ambik dari satu blog masakan yang memang feveret mama, 
www.jintanmanis.com . Mama dah cuba resepi nih, memang menjadi. Alhamdulillah. Inilah bahan-bahannya dan cara-caranya. (Gambar takde)

Bahan-bahan:

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

Caranya:

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan  oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Aurat, Aib Yang Wajib Ditutup





Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama. Namun, setakat  mana yang dinamakan 'aurat', terbuka kepada banyak tafsiran, maka ulama'  berselisih pendapat mengenainya. Perkara yang diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.Mari kita telusuri tentang dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.

Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan Dada

Firman Allah SWT :              

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (Surah al-Nur : 31)
 
Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak Tangan

Hendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT, ertinya :

"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (Surah al-Nur : 31).

Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa 'yang biasa nampak daripadanya' adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.

Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh

Firman Allah SWT bermaksud:

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab: 59).

Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian 'takwa' seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.

Dalil 4: Kisah Asma' Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian Tipis

Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma' binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma') dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, "Wahai Asma', sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini." Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.

Rasulullah SAW telah mengenali Asma' r.ha sebagai wanita baik tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.

Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, "Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya."

Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah, seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya.

Choc Chip Cookies


Gambar cookies ni sangat2 membuatkan mama rasa lapar. Sungguh menggoda. Resepi ni mama dapat dari satu blog. This weekend mama nak cuba buat lah. Kepada sesiapa yang nak mencuba, marilah kita cuba bersama-sama.




Ingredients:
2 cups all purpose flour
1/2 teaspoon baking soda
3/4 cups butter (melted)
1 cup packed soft brown sugar
1/4 cup white sugar
1 tablespoon vanilla extract (use vanilla beans to get the BEST result)
1 egg
1 egg yolks
2 cups choc chips (semisweet or bittersweet will do)

Methods:
Preheat oven : 165 degrees Celcius
Prepare a tray with the parchment paper.
Mix baking soda + flour -Set aside
In a bowl, cream melted butter, brown sugar and white sugar until well blend.
Beat in the vanilla, egg and egg yolk until light and smooth.

Mix in flour mixed until just blended (No over mix)

Stir in choc chips in the batter.

Drop cookie dough 1/4 cup at a time. (to make a large and chewy cookies)

Cookies should be 3 inches apart.
Bake for 15-17 minutes in the preheated oven (until the edges are lightly toasted).
Take out from oven.

Monday, March 5, 2012

Donut Gebu


Bersusah-payah mama menguli, last-last
Kak Long & Najwa makan sosejnya je.



Hahahaha..gebu ke? Boleh la. Ayah pun puji, sedap dan lembut. Setelah banyak percubaan, akhirnya mama berjaya juga buat kuih donut nih. Ada orang kata ini kuih yang paling senang nak buat. Bila tanya sesapa pun, semua kata senang. Resepi? Agak-agak je.. aarrghh..so, mama pun agak-agak je lah, tp hampeh..





Lebih gebu daripada percubaan yang pertama dulu.
 
Alhamdulillah, baru-baru nih, dh 2 kali buat, menjadi. Kali ni mama buat 2 jenis kuih dari satu adunan. Setengah adunan buat donut, setengah adunan buat bun sosej. Donut tu, macam biasa digoreng and bun sosej tuh, mama bakar dalam oven. Yeaa..lain kali dh boleh buat dah.


Thursday, March 1, 2012

BANK SUSU

Hukum Penubuhan Bank Susu

Keputusan: 


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Penubuhan Bank Susu. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.


Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkaitrapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Pandangan ini adalah selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha’ bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan samada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung. Juga berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:


عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لا رِضَاعَ إِلا مَا شَدَّ الْعَظْمَ وَأَنْبَتَ اللَّحْم
رواه أبو داود                                                                                    
Maksudnya:
Daripada Ibn Mas`ud berkata, tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.


Sehubungan itu, memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram, dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan.


Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta perderma perlu mengenali antara satu sama lain.

Kak Long Adawiyah the Pinky

Hari ni Kak Long pergi tadika pakai baju
biasa sebab ada birthday party.


Demam

                                                                         28.2.2012


Gambar ni diambil semasa menunggu giliran di klinik (Sempat lagi kan..heehhehee) Time ni, semua anak-anak Mama & Ayah; Kak Long, Najwa & Muhammad tengah sesema. Paling lama si Najwa, lebih seminggu rasanya, sampai luka kat hidung sebab dok sapu hingus. Syian kat Wa. Batuknya pun makin teruk. Muhammad pun sama, sesema dan batuk. Kak Long, alhamdulillah cuma sesema tapi tak banyak. Semoga semuanya cepat sihat.

Muhammad

Muhammad dah 4 bulan setengah dah. Pagi tadi Mama nampak Muhammad cuba nak angkat badannya. Mama rasa Muhammad sedang dalam pembelajaran untuk mula merangkak. Waaah. Cepatnya anak Mama nak merangkak. Paling Mama & Ayah suka ialah senyumannya, memang manis, menggoda sesiapa sahaja yang memandangnya. Muhammad Aisyh Naufal, moga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.