Assalamualaikum...
Pagi isnin, 9/4/2012, batuk Muhammad kedengaran agak teruk, tapi Muhammad tak demam. Batuknya pun dah lama, kalau tak silap mama hampir 2 minggu. Masa di rumah nenek (Ahad, 8/5/2012), ramai yang menegur, nenek, maklong liza, mak lang dan org2 lain yg ada kat rumah nenek. Terdengar 'wizing' dlm pernafasan Muhammad.So, pagi isnin tu, mama dan ayah decided nak bawak Muhammad pergi klinik. Kak Long dan Angah pun, batuk dan sesema. Conclusionnya, semua pergi klinik.
Selepas tunggu lebih kurang 10 minit, nama Muhammad pun dipanggil, apa lagi, serbu! Semua masuk, mama (of course la kan) sambil dukung Muhammad, ayah, Kak Long dan Angah. Doktor Joy tanya, nak cek sape dulu? "Baby dululah" jawab mama. Doktor pun memulakan soal siasat, sejak bila batuk? ada sesema tak? kahak warna apa? Sambil2 tu, Doktor meletakkan steteskopnya kat dada Muhammad. Suddenly, muka Doktor berubah, mcm cemas sangat. "Puan, batuk ni dh teruk la puan. Kahak bayak dah nih. Cuba tengok dada baby ni, cara dia bernafas shows that he's so difficult in breathing" (lebih kurang cam tu la doktor cakap) Mama terkejut bila Doktor cakap macam tu, tp mama masih 'senyum'. Senyum2 kelat. Doktor Joy tak puas hati tgk respon mama. "Puan, ini dah serius. Kalau tak percaya dgr sendiri" Doktor bagi steteskop pada mama. "Puan dgr kakak dia dulu, dgr yang sihat dulu". mama pun ambik steteskop tu dan cuba dgr pernafasan Kak Long. Sunyi. Tapi bila dgr pernafasan Muhammad, memang banyak beza, bunyinya agak kuat.
Kemudian, doktor arahkan mama untuk buat Nebulizer pada Muahammad. Sementara tu, doktor cakap dia akan siapkan surat reference ke hospital. Doktor cakap lagi, Muhammad memang kena admit, buat neb and maybe kena sedut kahak. Since Muhammad dah ada medical card/insurance, mama cadangkan hospital KPJ Selangor, sbb dekat ngn umah. Selesai buat neb kat klinik, dan lps semuanya selesai (pls kak long dan angah diperiksa doktor), kami pun balik rumah. Sementara tu, mama ngan ayah dok bincang, kena admit ke? Kesian kat Muhammad. Tapi, kalau tak pergi, lagi kesian. Kang makin teruk.
Dipendekkan cerita, selepas konfim ngn insurance company yg we can use Muhammad punya insurance, ayah bawak mama ngan muhammad gi hospital KPJ (kak long ngan ngah pun konfim la ikut kan). Dipendekkan cerita lagi, doktor kat hospital KPJ pun adviced Muhammad admit. End up, mama ngan Muhammad 'bercuti' di hospital 6 hari 5 malam.
Rutin kat hospital: setiap 4 jam kena buat neb dan setiap pagi kena buat fisio (sedut kahak).
![]() |
| Rutin setiap 4 jam |
![]() |
| Masih boleh ketawa dengan comelnya walaupun kat sepital. (nak cakap sakit, tak sampai ati plak) |










