Friday, March 1, 2013

SIMPLE DINNER FOR US

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim..

Homemade fish & chips. Hahahahahaa..tipu jer. Ikan tu beli yang frozen nye, yang dalam kotak tuh. Tinggal goreng jer. Kira home made la kan, sbb goreng kat rumah. Then Mama goreng french fries & rebus sayur. Makan dengan sos ape tah (Dah x ingat). Ni semua disebabkan ayah yang tengah bersemangat nak 'berdiet'. Sebagai nak menyokong usahanya itu, Mama pun buat la dinner yang begini gayanya atas request ayah. (Dah lupa bila Mama buat nih, lama sangat dah tapi x upload). Takpe la kan sekali-sekala western la kita, Hahahaha, western la sangat!! Ini dalam usaha nak mengurangkan nasi la kononnya. Apa2 pun ayah berjaya x makan nasi (sangat) dlm masa sebulan setengah (lebih kurang la), Lepas tu, konon bila attend kenduri ke, balik rumah nenek, ada exception. Exception punye exception, akhirnyaaaaa...berkubur sudah semangat itu. Nampaknya kena cari balik. Bila agaknya ye?? Hehehee.. Kepada ayah a.k.a ABANG SAYANGKU, jangn marah yeeee..luv u. Nati kita diet sma2 ye..




Hehehehee...mintak maap dgn gambo di atas ek. Dah try nk ejas, tp x boleh plak.Ntah mana silapnye. Tapi kira ok la kan. Ke terteleng kepala korang tgk gambo tuh.. Mintak mahap la ye.. Anyway, layannzzz.......

Ketam Mentega Telur Masin, Sayur Campur & Sambal Udang

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang ni, memang susah nak tengaok Mama masak. Selalu je 'termiss'. Hehehe..boleh plak 'termiss' gitu ek. Macam termissed tren plak. Betul. Kekadang tu memang niat nak masak bila balik keje, tapi most of the time, ade je halangan. Bahan2 x cukup lah, itulah, inilah. Kekadang tuh, bila ambik Along dari tadika (transit) masuk kereta je dia dah bising lapar. Tak boleh tahan dah. Paling mudah beli/bungkus je makanan. Sampai rumah terus makan. Kekadang tuh, kalau dah x tahan sangat, ayah terus bawak Along makan roti canai telur kat kedai mamak. Begitulah selalu yang berlaku. So, Mama pun cutilah dari memasak. Kalau ada pun, sabtu & ahad.

1 Feb lps, Mama cuti sebab Hari Wilayah. Orang lain x cuti sbb x berkenaan, Ayah & Along di selangor. So, Mama je yg cuti. Yes! Tapi, pagi tu Mama tetap bersiap macam biasa, kalau tak, ade yang tak nak ke sekolah/taska. Lepas, hantar Along, Najwa & Muhammad, Ayah hantar Mama balik rumah dan berpesan: "Sila kemas rumah & masak sedap2. Petang nanti abang & anak2 balik nak makan." Dan sebagai isteri solehah Mama mengangguk tanda setuju. (poyo tak??)

Mama pun dah lama tak masak. So, jom masak. Bahan2 pun ada. Hari tu Mama masak Ketam Mentega Telus Masin, Sayur Campur & Sambal Udang. Memang terbaik! (puji diri sendiri) Tapi, Ayah, Along & Najwa pun cakap perkara yang sama. Rasanye, kalau Muhammad dah pandai cakap mesti dia cakap sedap jugak. Kekekek.. (ayat x boleh blah) Sebenarnya, dah lama tak makan ketam tu yang rasa macam best gile. Ye la, memang lama dah x makan ketam. So, sila enjoy..

Ketam Mentega Telur Masin

Complete set

Ketam yang best!

Sayur Campur (Kangkung dll)

Sambal Udang Petai. Terbaeek!

Same ker?

Assalamualaikum
Bismillahirrahminirrahim.

Selamat hari Jumaat. Semoga kita semua mendapat barakah sempena hari Jumaat, penghulu segala hari. Kepada muslimin, jangan lupa menunaikan Solat Jumaat dimana jua anda berada. Jangan bagi alasan! Kekadang sakit mata tengok muslimin ni berlegar2/makan/sukasuki/shopping ngan isteri/anak2 time Solat Jumaat. X boleh ke berhenti sekejap makan/shopping tu dan pergi Solat Jumaat. Pelik memikirkannya. Oklah, semoga kita dan keluarga juga rakan2 muslimin dan muslimat semua diberi hidayah untuk sentiasa istiqomah menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah.

OK. Berbalik kepada topik di atas. Ini berkenaan gambar di bawah hasil 'kekejaman' kami anak-beranak. Mangsa: Muhammad Aisyh Naufal. Kasihan anak mama ni. Tapi, series cakap, COMEL! Dia sibuak nak bukak tudung tuh, tapi kami tahan sbb nak ambik gambar. Kehkehkeh. Bila tengok muka Adik Mad bertudung nih, teringat pada seseorang. Teka siapa?? Cuba tengok gambar2 ni dulu.

Mangsa buli Mama & Kakak2

Bukak la tudung nih!

Dah ke belom nih.
 Then cuba tegok gambar yang kat bawah ni plak. Same tak dengan yang atas? Hahahaha.. Same tapi tak serupa. Ye lah, satu boy, satu lagi girl. Kecomelannya beza la kan..

Ayong