Monday, February 27, 2012

IKHLAS

Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas Iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.

Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas;

1. Membantu seseorang sambil berkata,

                  "Ambillah, saya ikhlas."

2. Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,

                "Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak."

3. Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,

                 "Yang Ikhlas."

Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.


Erti Ikhlas

Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ia sudah tidak tulen lagi.

Begitulah dalam beramal - solat, zakat, membaca al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah; kerana suruhan-Nya, kerana keredhaan-Nya, kerana arahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan kerana patuh pada-Nya.
Jadi, perkara di atas adalah kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.

Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah; lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.


Khususul Nafs

Kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada tiga (3) jenis kedudukan:
  •  awal
  •  pertengahan
  •  akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;

                     "Inilah masanya nak jadi popular."
                     "Aku akan jadi terkenal."
                     " Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata ;

                  "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada    pula
                    yang menangis."

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;

                 "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah, tiba-tiba apabila siap sahaja rumah itu runtuh menyembah bumi.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab mempunyai rasa riak. Sifat takwa sudah ternafi.

Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.




 

Friday, February 24, 2012

Wade @ Vade



 
Korang mesti tau kuih wade @ vade kan. Kuih yang dibuat daripada kacang dal. Famous dikalangan orang india. Nak citer skit nih. Semalam ayah bawa balik kuih wade dari ofis (x habis lah tuh). So, on the way balik ke rumah, Mama ternampak plastik berisi kuih wade tuh. Mama pun buka. Kak Long tanya ayah, ape nama kuih tu? Ayah jawab, 'wade'. Kak Long pun terus merungut, "Ala, asyik2 ade nama Wa (Najwa), takde pun nama Kak Long." Apa lagi Mama dan Ayah pun tergelak besar. Then, demi nak menjaga hati anaknya, Ayah pun kate, "OK lah, Kak Long-de". Mama gelak dah. The best part was bila Kak Long kate x best, dia nak nama "Nurul Ada-de". Apa lagi, makin kuatlah Mama dan Ayah gelak.. Mmmmmppp.. Kak Long.. Kak Long. Benda kecik macam tu pun boleh jadi isu. Nampaknya, perasaan cemburu Kak Long terutamanya terhadap Najwa perlu dibendung. Takut besar nanti, makin teruk.

Mama dan Ayah sentiasa berdoa agar diantara anak-anak, tiada perasaan iri hati, cemburu (yg bukan2), dan lain2 yg negatif. Apa yg perlu ada dalam hati masing2 adalah KASIH SAYANG dan HORMAT-MENGHORMATI.

Friday, February 10, 2012

Cemburu

Baru-baru ni, Kak Long selalu mengadu pada mama dan ayah "Semua kawan-kawan kat Taska cakap Najwa cantik, Kak Long tak cantik. Ye lah, rambut Kak Long pendek, rambut Najwa panjang. Najwa putih, Kak Long tak".  Puas dah mama dan ayah pujuk Kak Long, tapi Kak Long akan cakap perkara yang sama hampir setiap kali balik dari Taska. Mama dan ayah selalu cakap, semua anak-anak mama dan ayah sama cantik, comel dan soleh/solehah. Tapi, mama tahu bukan senang nak bagi Kak Long faham semua itu. Kekadang mama dan ayah geram dengan bebudak kat Taska tu, sibuk nk cakap orang cantiklah, tak cantiklah. Bila difikirkan balik, budak-budak kan. Ntah-ntah anak kita pun buat benda yang sama pada budak lain.

Apa yang mama dan ayah boleh buat ialah cakap dan sentiasa ingatkan anak-anak mama dan ayah yang kami sentiasa bersyukur, seronok dan gembira punya anak-anak seperti Kak Long, Najwa dan Muhammad kerana bagi kami Kak Long, Najwa dan Muhammad adalah kanak-kanak paling cantik, comel dan hensem kat dunia ni. WE LOVE YOU ALL.

Moga jadi anak-anak soleh/solehah.



Thursday, February 9, 2012

Ikan Goreng Tambah Sedap


Jika mahu ikan yang digoreng bertambah lazat, gorengkan terlebih dahulu asam keping di dalam kuali. Setelah itu, masukkan ikan yang hendak digoreng. Pasti ikan yang digoreng menjadi lebih sedap. Cara ini juga dapat mengelakkan ikan daripada melekat di kuali. InsyaAllah. Selamat mencuba!

Elak Nasi Lemak Cepat Basi



Bagi mengelakkan nasi lemak cepat basi, gunakan air masak ketika memerah kelapa (untuk dapatkan santan kelapa). setelah itu, masak seperti biasa. InsyaAllah. Selamat mencuba!

Bersedekah

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”
 
Riwayat Bukhari dan Muslim

Tiga Kali Lebih Baik

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya : "Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, Baginda SAW mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali Nabi SAW meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah) Baginda mengetuk pintu tiga kali dan mengucapkan salam.”
 
(al-Bukhari)

Thursday, February 2, 2012

Elak Lalat Berterbangan di Dapur

Runsing dengan kehadiran lalat di dapur? Atasinya dengan mengambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur. InsyaAllah lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur. Selamat mencuba!

DEMAM

       30/1/2011 - Macam biasa mama pergi ofis pada hari tu. Sampai ofis, mama buat keje macam biasa. Pastu, lebih kurang pukul 10, mama nak buat air panas. Tetiba, badan terasa sejuk2 tp mama buat cam biasa je. Mama pegi washroom nak basuh mug. Selesai basuh mug, tgn mama menggigil. Pastu, satu badan menggigil. Nak kata sejuk sgt tak pulak. Rasa sejuk dalam badan. Kat hujung jari2, terasa mencucuk-cucuk. Kawan2 opis suruh mama buat air panas. Mama pun buat air nescaffe panas. Sejuknya masih tak berkurang. Ketarnya masih kuat. Mama call ayah minta ayah ambik mama kat ofis untuk pergi klinik. Lebih kurang pukul 11.30, ayah sampai.

     Ayah bawak mama pergi klinik kat area rumah kita. Doktor kata mama demam dan ditakuti mama demam denggi sbb kata doktor kawasan rumah kita ada kes denggi. Doktor nak bagi 2 hari cuti tapi mama x nak sbb mama kena pergi court esoknya. (ada kes kat shah alam court - ofis melaka punya kes) So, doktor pun bagi MC utk 1 hari je. Ayah pun hantar mama balik rumah utk berehat. Alhamdulillah, petang tu mama rasa dah ok dh.

      31/1/2012 - Hari ni mcm rutin harian biasa. Pagi2, hantar  Kak Long ke tadika, Najwa dan Muhammad ke taska. Lepas tu, ayah hantar mama ke mahkamah shah alam (di bangunan MRCB). On de way ke sana, mama rasa lain macam. Mama cakap dgn ayah, rasanya nk jadi mcm semalam, tgn dh mula sejuk2. Beberapa minit lps tuh, badan mama menggigil. Kali agak teruk sedikit. Mama call client, bagitau yg mama x sihat dan x boleh nk buat kes hr nih. Mama call ofis juga, minta diaorg tolong buat apa yg patut. Ayah hantar mama balik rumah sbb ayah ada important meeting. Sebelum pergi, ayah bawak mama naik ke bilik, bagi mama makan ubat, sapukan krim panas kat tapak kaki mama, pakaikan stokin dan selimutkan mama. Walaupun ada 3 lapis selimut, mama masih terketar2 kesejukan. Lebih kurang 1 - 2  jam slps tu, br mama rasa panas dan ok sikit.

       Tengahhari ayah balik utk bawa mama ke klinik sekali lagi. Doktor bagi MC utk hr tu. Doktor sarankan kalau demam tak baik smpai 3/2/2012 mama perlu buat blood test.

       2/2/2012 - Alhamdulillah, mama dh ok. Rasenya x perlulah buat blood test tu sbb smlm pun mama dh x demam, dh ok kot. InsyaAllah xde apa-apa.