Baru-baru ni, Kak Long selalu mengadu pada mama dan ayah "Semua kawan-kawan kat Taska cakap Najwa cantik, Kak Long tak cantik. Ye lah, rambut Kak Long pendek, rambut Najwa panjang. Najwa putih, Kak Long tak". Puas dah mama dan ayah pujuk Kak Long, tapi Kak Long akan cakap perkara yang sama hampir setiap kali balik dari Taska. Mama dan ayah selalu cakap, semua anak-anak mama dan ayah sama cantik, comel dan soleh/solehah. Tapi, mama tahu bukan senang nak bagi Kak Long faham semua itu. Kekadang mama dan ayah geram dengan bebudak kat Taska tu, sibuk nk cakap orang cantiklah, tak cantiklah. Bila difikirkan balik, budak-budak kan. Ntah-ntah anak kita pun buat benda yang sama pada budak lain.
Apa yang mama dan ayah boleh buat ialah cakap dan sentiasa ingatkan anak-anak mama dan ayah yang kami sentiasa bersyukur, seronok dan gembira punya anak-anak seperti Kak Long, Najwa dan Muhammad kerana bagi kami Kak Long, Najwa dan Muhammad adalah kanak-kanak paling cantik, comel dan hensem kat dunia ni. WE LOVE YOU ALL.
Moga jadi anak-anak soleh/solehah.

No comments:
Post a Comment