Wednesday, May 23, 2012
Dinner kat Rumah Saje
Assalamualaikum..
22/5/2012 - Malam ni Mama rajin sikit nak masak. Semenjak ada baby baru nih (baru ker??? barula jugak kan..) Mama malas susah sikit nak masak. Sebabnya, tiap-tiap hari lepas ambik Muhammad (ngan Adawiyah & Najwa of course) dari taska, Muhammad mesti nak BF dulu. Lepas tu nanti, Mama lari2 solat Maghrib. Pastu nanti, ayah pun kata "makan kat luar jelah". Sapa nak tau sbb apa ayah suh makan kat luar? Hahahahaa... Sebab, selalunya kalau mama masak, mama akan mintak tolong ayah jaga Muhammad. Tu yang susah tu. Kesian kat ayah kan. Tapi, malam ni mama masak simple jer..sup ayam dan sayur taugeh.. Selamt menjamu selera...
KEK PISANG KUKUS
Assalamualaikum..
13/5/2012 - Selamat Hari Ibu!!!! Beberapa hari sebelum hari ibu, mama terima panggilan dari nenek. Nenek tanya, "balik tak minggu nih?" "InsyaAllah" itu jer yg mampu janjikan. Kebetulan minggu tuh (hari ahad) ada gotong-royong kat taman rumah kita. Sebenarnya, mama memang dah berangan nak balik minggu nih sempena hari ibu. Dalam otak, dah plan macam2 apa nak masak.
So, hari ahad tuh, sementara ayah pegi "gotong-royong" mama siapkan keje rumah + masak2 apa yang patut. Mula2 mama buat kek pisang kukus. Resepinya mama cilok kat sini. Mama buat dalam bekas apam. Alhamdulillah menjadi. (resepinya senang dan mudah). Pastu mama masak nasi beryani, ayam goreng dan dalca. Tapi sayang, gambar2 masakan yang lain tak sempat nak ambik sbb h kesuntukan masa. Time gerak dari rumah pun dah pukil 2 lebih. Kononnya, mama masak untuk makan lunch kat umah nenek, tapi apakan daya. Apa-apa pun, alhamdulillah, semua yang mama masak habis dimakan. Masa sampai kat rumah nenek, masih ada ramai orang lagi, Mak Long & Family, Mak Lang & Family, Cik Aein & Family and of kos ATUK, NENEK & MAN.
![]() |
| Time baru angkat dari kukusan |
![]() |
| close-up sket |
![]() |
| internal |
![]() |
| ada corak sket (marble konon) |
![]() |
| Kukus dalam acuan apam yang comel |
![]() |
| Alhamdulillah, menjadi. |
*Overall, respon yang diterima, OK.
Thursday, May 17, 2012
So called "Rainbow Cake"
Assalamualaikum...
HAHAHAHAHAAA... Itu je yg mampu mama katakkan bila tgk gambar2 kat bawah nih. Org lain buat rainbow cake, mama pun sibuk nak buat. HAHHAHAHAAAA.. So, inilah hasilnya. Sungguh amatur.
Apa-apa pun mama puas hati sebab kek ni habis licin. (Mama bawak kek ni balik kampung sbb time tuh ramai budak2 kat rumah nenek)
![]() |
| Strawberry tuh, dh beberapa hari dlm fridge, tu yg nmpk x fresh. (Sekadar hiasan) |
![]() |
| Warna2 pastel. x jd terang cam org lain buat. |
![]() |
| Icing yg terlampau manis dan comot. kuikuikui. |
Puding Karamel
Assalamualaikum..
Ini first time mama buat puding karamel yang jadi (konon la). Dulu mama pernah buat sekali tapi hasilnya hampeh, gulanya terhangus (sangat) sampai pahit dan pudingnya pun x sedap. Kali ni, alhamdulillah jadi la jugak. Tak berapa manis, itu yg penting. Selain tuh, dapat jugak mama isi dalam mangkuk Cik Mon, jiran sebelah rumah (pulangkan mangkuk Cik Mon/membalas). Tapi, tak samapi 5 minit, Cik Mon bagi lagi kuih, kek coklat rasanya. Mmmmpp, nampaknya mama kena pikir lagi nak masak apa untuk pulangkan mangkuk Cik Mon tuh.
Muffin Coklat
Assalamualaikum..
Dulu mama selalu stress kalau buat muffin, selalu tak jadi. Macam2 lah, tak naik lah, keras lah, lembiklah.. Namun, setelah banyak beberapa percubaan, akhirnya berjaya jugak. Alhamdulillah. Bak kata org, usaha tangga kejayaan. Hahaha, sekarang insyaAllah, tiap kali buat menjadi. Stress free. Sambil2 buat kerje rumah pun boleh buat.
Subscribe to:
Comments (Atom)


















