Wednesday, May 23, 2012

KEK PISANG KUKUS

Assalamualaikum..

13/5/2012  -  Selamat Hari Ibu!!!! Beberapa hari sebelum hari ibu, mama terima panggilan dari nenek. Nenek tanya, "balik tak minggu nih?" "InsyaAllah" itu jer yg mampu janjikan. Kebetulan minggu tuh (hari ahad) ada gotong-royong kat taman rumah kita. Sebenarnya, mama memang dah berangan nak balik minggu nih sempena hari ibu. Dalam otak, dah plan macam2 apa nak masak.

So, hari ahad tuh, sementara ayah pegi "gotong-royong" mama siapkan keje rumah + masak2 apa yang patut. Mula2 mama buat kek pisang kukus. Resepinya mama cilok kat sini. Mama buat dalam bekas apam. Alhamdulillah menjadi. (resepinya senang dan mudah). Pastu mama masak nasi beryani, ayam goreng dan dalca. Tapi sayang, gambar2 masakan yang lain tak sempat nak ambik sbb h kesuntukan masa. Time gerak dari rumah pun dah pukil 2 lebih. Kononnya, mama masak untuk makan lunch kat umah nenek, tapi apakan daya. Apa-apa pun, alhamdulillah, semua yang mama masak habis dimakan. Masa sampai kat rumah nenek, masih ada ramai orang lagi, Mak Long & Family, Mak Lang & Family, Cik Aein & Family and of kos ATUK, NENEK & MAN.
Time baru angkat dari kukusan

close-up sket

internal

ada corak sket (marble konon)

Kukus dalam acuan apam yang comel
 
Alhamdulillah, menjadi.
*Overall, respon yang diterima, OK.

No comments:

Post a Comment