Tuesday, September 24, 2013

NASI DAGING MAMA

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni, 24/9/2013. Sekejap je nak habis dah bulan September. Bulan depan, bermula 1/10/2013, Ayong ada ujian/exam kat sekolah kebangsaan. Exam sekolah agama dah selesai 2 minggu lepas. Alhamdulillah. Bila tengok markah Ayong, Mama & Ayah happy sangat sebab walaupun Mama & Ayah sangat kurang beri perhatian pada pelajaran Ayong, maksudnya, kami jarang2 nak tengok beg sekolahnya & buku2nya unless Ayong ada homework dan perlukan bantuan Mama @ Ayah. If not, hehhee. Maafkan kami anak2, moga kami akan jadi lebih "Mama & Ayah". Kam akan berusaha untuk jadi yang terbaik demi anak2 kami.

Ok, next story please!
 
Hari Sabtu lepas, Mama masak nasi daging. Rasanya memang best. Diakui oleh Ayong & Najwa & Ayah. Adik? Dia semua dap, dap... Dah lama nak buat, tapi masa & keadaan tak mengizinkan. Hari tu ada beli daging, tapi tangguh punya tangguh, langsung tak buat.
 
Kali nih, mesti buat. Setelah aktiviti gugel menggugel dilakukan, tibalah masa untuk memasak. Memang sempoi jer. Ikut bahan2 yang ada kat rumah. Apa2pun Alhamdulillah, sedap. Mama masak dalam 3 cawan beras, ingat boleh tahan sampai malam, tapi tak boleh. Petang tu dah habis. hehehe..Sedap sangat kot. (siapa lagi nak puji kan..;p)
 
Nasi daging nih, Mama padankan dengan tomoto cili -blended. Actually, itu aje yang ada time tuh. Jadilah. Konon nak kirim sayur2 untuk buat salad dengan Ayah, tapi terlupa! Hehehe.. Anak2 just makan cam tu je. Nasi pun lembut, memang best lah.
 
(Ya Allah, jauhkan aku dari sifat riak)..





Nampak best kan. Memamng best pun.

 
 
 
Nak resepi ker?
 
 
NASI DAGING MAMA
 
Bahan-bahan:
 
1/2 kg daging lembu/kambing (ikut suka nak banyak mana)
1 kulit kayu manis *
1 bunga lawang *
1 inci halia dihiris *
sedikit serbuk lada hitam *
air secukupnya *
 
#daging direbus bersama bahan2 bertanda * sehingga daging empuk.
#air rebusan jangan dibuang
 
1 biji bawang besar kuning - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
3 s/b minyak zaitun
1 s/b mentega
3 cawan beras basmathi -
 
Cara masak:
 
1.  Panaskan minyak zaitun & mentega
2.  Tumis bawang2 yang dah dicincang sehingga kekuningan/naik bau
3.  Masukkan beras yang sudah dibasuh - kacau2 sekejap.
4.  Masukkan air rebusan daging (ikut sukatan beras. 1 cawan beras = 1 cawan air, kalau air rebusan tak cukup tambah air biasa)
5.  Masukkan daging
6.  Tambah garam secukup rasa
7.  Masak nasi macam biasa (boleh juga pindahkan ke dalam rice cooker)
 
#Boleh tambah tomato atau kacang gajus.
 
 
 
 
 



Friday, September 20, 2013

MAKAN LUAR

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.


Malam tadi Ayah kena pergi ofis lagi menyiapkan tender yang katanya tinggal 10% untuk siap. Jadi untuk jimat masa, kita makan kat luar jer. Lagi pun, Along dah bising2 lapar. Asalnya nak tapau je. Tapi setelah mengambilkira semua faktor, Mama & Ayah decided to have dinner at the restaurant instead of buy back and makan kat rumah. Ok lah, senang juga kerja Mama, tak payah nak susah2 kemas dining table, basuh pinggan and etc.. Kan..;-p 

Malam tadi semua order nasi goreng. Mama - nasi goreng ikan masin, Ayah - nasi goreng thailand, Along - nasi goreng kampung, Najwa (kongsi dengan Adik) - nasi goreng biasa. Air: Mama & Ayah - Air barli suam, Along & Najwa - Sirap (ais kurang), Adik - Air suam..

Tunggu punya tunggu, makanan pun sampai. Bila tengok nasi goreng tu, Mama & Along nye nasi goreng nampak sama jer dan bila Mama rasa, konpem, dua2 nasi goreng ikan masin. Nasi goreng Ayah dan Najwa pun hampir sama cuma nasi goreng Ayah ada udang beberapa ekor. Disebabkan nak cepat balik rumah, apalagi, makan je la. Yang penting kenyang dan alhamdulillah masih diberi nikmat rasa, selera makan dan nikmat2 lain yang tak tersenarai banyaknya.

Alhamdulillah..

Sementara tunggu makanan siap, ambik gambar dulu ye..

Thursday, September 19, 2013

MY BUCHUK

Bismiallhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.

Muhammad Aisyh Naufal. My luvly son will turn 2 years next month. Masa berlalu sungguh cepat. Rasa baru sangat melahirkan baby boy ni yang penuh dengan dugaan. Ya, setiap anak, cabaran semasa melahirkan memang berbeza. Namun, semasa melahirkan this lucky boy agak extream skit. Malas nak citer kat sini, biarlah Mama simpan untuk diri Mama sendiri. Kalau nak cerita, ada yang takut plak nak 'beranak' lepas ni. Hehehee..

Bulan depan, 12 Oktober 2013, anak bujang Mama dah 2 tahun. Kononnya dulu, nak dapatkan tarikh 9/10/11 atau 10/10/11 atau 11/10/11 tapi tak dapat jugak. Kita hanya merancang, sesungguhnya Allah Perancang yang terbaik. Lagi pun, Mama bersalin normal, kalau ceaserian maybe boleh pilih tarikh kan. Tapi, itu pun belum tentu.

Oklah, ni nak post gambar2 anak bujang Mama. Untuk anak dara2 Mama, nanti Mama post gambar uols plak yerk..

My Buchuk tengah makan kek coklat. Comot = COMEL!

My Buchuk, masuk kereta je terus zzzzz

My Buchuk. Edisi kerut kening.

My Buchuk. Peace Yo!


ROTI JALA FOR DINNER

Bismillahirrahmanirrahim..
 
Assalamualaikum w.b.t.
 
 
Petang semalam balik dari sekolah Ayong bagitahu nak makan roti jala for dinner. hhhh. memang dah janji dengan Ayong hari tu yang Mama akan buat roti jala. So, dia tuntut janji.
 
Semalam petang ada pasar malam di Batu 3, dekat dengan stsyen komuter. So, Mama mencadangkan agar beli sesuatu untuk makan sementara nak menunggu Mama buat roti jala nanti. Ayah setuju. Mama beli 2 nasi lemak ayam goring rempah, 2 bihun sup, 2 cups jagung manis dan beberapa cucuk fish/prawn balls. Kononnya untuk makan sementara tunggu Mama masak roti jala, tapi dah macam main course untuk dinner kan?? Nasi lemak tuh, bukan calang2. Heeheheee.. Kot kuih2 ker, jagung rebus tu boleh la jugak kan..
 
Sampai rumah Mama terus keluarkan daging ayam dari freezer untuk refroze. Sambil tu, sediakan makanan yang dibeli dari pasar malam tadi. Mama dan Ayong makan bihun sup, Ayah terus naik atas, mandi, solat dan bersiap2 untuk ke ofis semula untuk siapkan proposal. Selepas selesai makan sup, Mama terus solat. Lepas tu, apa lagi, 'berperanglah' kat dapur menyiapkan roti jala. Ayong plak, terus kemas beg sekolah. Alhamdulillah, sekarang nih, tak payah suruh dah, dia boleh buat sendiri.
 
Dalam pukul 8.30mlm, Ayah turun untuk makan sebelum ke ofis. Ayah makan nasi lemak. So, ade balance 1 bungkus. Lebih kurang pukul 9mlm, roti jala & kari ayam pun siap. Mama dengan Ayong pun dinner lagi sekali..Hehehee..manalah badan tak naik bagai di pam2 kan..;) Apa-apa pun, Mama happy dapat masakkan sesuatu untuk family. Kalau boleh tiap2 hari nak masak untuk orang2 yang tersayang, tapi, kekadang  "masa" tidak mengizinkan.
 
 

Wednesday, September 18, 2013

RAYA 2013

Assalamualaikum..
 
Bismillahirrahmanirrahim.


Ni dah bulan September @ Zulkaedah, Mama baru nak post gambar raya. Actually, tak banyak mana pun sebab banyak kamera. Yang ada dlm hp Mama ni jelah yang Mama upload dulu ye. Lagi satu, gambar raya kat rumah nenek dengan adik beradik Mama takde pun.
 
Tahun ni beraya (1st day raya) kat Kuantan. Selalunya yang beriya bergambar tu first day raya. Jadi, bila balik rumah nenek hari raya ke-3, dah hilang semangat nak bergambar. Semangat raya masih ade, hehehee..
 
Ok lah ni ha gambarnye..





 



TRIP KE MELAKA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
Hari ini hari Rabu, 18 September 2013.. Wah, sungguh lama mama tidak meng-update blog ini ya. Bukanlah Mama ni busy sgt sampai tak ada masa nak update tapi, hehehehee.. biasa lah benda yang selalu ditangguh, selalunya x mnjadi.. Apa boleh buat kan.. La ni Mama agak relaks.. So, boleh la menyelit skit..
 
Ni Mama nak citer pasal trip ke Melaka pada minggu lepas 7/9/2013 - 8/9/2013. Sebenarnya, datang ke Melaka untuk hadir majlis walimatul urus, my ex-boss's son. Apa lagi Mama pun hasut la Ayah untuk stay one night kat Melaka, boleh jalan2 Melaka. Cuti2 Malaysia la konon. So, when Ayah said 'yes', Mama pun plan macam2, nak pergi sana, pergi sinun..hehehe..
 
Hari yang dinanti pun tiba. Namun, disebabkan Ayah balik lambat dari kerja (7/9/2013 Hari Sabtu, Ayah work!), perjalanan ke Melaka pun lewat sedikit. Sampai di majlis itu pukul 4.00 ptg. hehehee, tetamu pun hampir sudah tidak ada. Kawan2 sekerja Mama pun dah balik. Tak kisah lah, yang penting dah sampai.
 
Selepas majlis, Mama plan untuk check in kat mana hotel/resort/chalet yang berdekatan. Ayah Tanya, "Kita nak check in kat mana?" Mama dengan jayanya menjawab, "Kita cari la mana2 hotel yang ada kat sini, redah jer". Ayah, "La, tak booking lagi ker?" Mama hanya memberikan senyuman paling manis sambil kelip2 kan mata beberapa kali.. Heheehee.. Actually, Mama dah usha 1 resort ni, tempatnya pun tak jauh dari tempat kejadian (majlis kawen). Dan, Alhamdulillah, ade kekosongan, dapat la bermalam di Melaka.
 
Namun, disebabkan Ayah keletihan, malam tu tak pergi mana2 hanya panggil room service. Jadilah. No complaint. Ayong, Wa dan Adik Mat sangat happy dapat swimming.
 
The next day, after breakfast, Ayong dan Wa sambung mandi kat pool dengan Ayah. Mama dok kat bilik dengan Adik Mat. Lebih kurang pukul 11.00 kita checked out dari hotel. Oppps lupa nak bagi tau nama hotel tu, "AYER KEROH COUNTRY RESORT".



ADIK & AYONG

ADIK & KAKAK WA

MANDI MANDA