Thursday, September 19, 2013

ROTI JALA FOR DINNER

Bismillahirrahmanirrahim..
 
Assalamualaikum w.b.t.
 
 
Petang semalam balik dari sekolah Ayong bagitahu nak makan roti jala for dinner. hhhh. memang dah janji dengan Ayong hari tu yang Mama akan buat roti jala. So, dia tuntut janji.
 
Semalam petang ada pasar malam di Batu 3, dekat dengan stsyen komuter. So, Mama mencadangkan agar beli sesuatu untuk makan sementara nak menunggu Mama buat roti jala nanti. Ayah setuju. Mama beli 2 nasi lemak ayam goring rempah, 2 bihun sup, 2 cups jagung manis dan beberapa cucuk fish/prawn balls. Kononnya untuk makan sementara tunggu Mama masak roti jala, tapi dah macam main course untuk dinner kan?? Nasi lemak tuh, bukan calang2. Heeheheee.. Kot kuih2 ker, jagung rebus tu boleh la jugak kan..
 
Sampai rumah Mama terus keluarkan daging ayam dari freezer untuk refroze. Sambil tu, sediakan makanan yang dibeli dari pasar malam tadi. Mama dan Ayong makan bihun sup, Ayah terus naik atas, mandi, solat dan bersiap2 untuk ke ofis semula untuk siapkan proposal. Selepas selesai makan sup, Mama terus solat. Lepas tu, apa lagi, 'berperanglah' kat dapur menyiapkan roti jala. Ayong plak, terus kemas beg sekolah. Alhamdulillah, sekarang nih, tak payah suruh dah, dia boleh buat sendiri.
 
Dalam pukul 8.30mlm, Ayah turun untuk makan sebelum ke ofis. Ayah makan nasi lemak. So, ade balance 1 bungkus. Lebih kurang pukul 9mlm, roti jala & kari ayam pun siap. Mama dengan Ayong pun dinner lagi sekali..Hehehee..manalah badan tak naik bagai di pam2 kan..;) Apa-apa pun, Mama happy dapat masakkan sesuatu untuk family. Kalau boleh tiap2 hari nak masak untuk orang2 yang tersayang, tapi, kekadang  "masa" tidak mengizinkan.
 
 

No comments:

Post a Comment