Thursday, December 20, 2012

CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum.

Sejak mula cuti sekolah hari tu, Along & adik2 tak nak ke Taska. Katanya, takde kawan di Taska. Especially, kawan2 Along. Hmmppp... Last week (26-30 November 2012) ayah terbang ke India utk attend conference. As usual ayah akan arrange the driver to send and and fetch me from work. Bila mama fikir2, leceh plak rasanya nak angkut semua budak2 ni ke Taska. (padahal tthat's what im doing every day. Cumanya, bila ngan org lain, rase x best plak, lain la ngan ayah).

Pagi sblom ayah berangkat. mama tepon nenek, saja je tanya kot2 nenek bleh dok umah dan teman kita sefamily sepanjang ayah pegi India. Kebetulan, time mama tepon nenek, Mak Lang ade kat rumah nenek. Mama pun, cuba2 tanya Mak Lang, kot2 Mak Lang boleh dok seminggu kt umah kita. Alhamdulillah, Mak Lang setuju. Mama pun happy la. Jarang sungguh adik-beradik mama bermalam kat rumah kita. Almaklumlah, dieorang pun dok tak jauh mana. Kalau datang pun, dok lepak2 and then balik hari yang sama. Apalagi, mama pun mintak tolong ayah hantar mama ke kedai. Nak beli barang2 makanan untuk dieorang nanti.

Mak Lang sampai lebih kurang pukul 5.30ptg (26/11/2012) dengan Man (adik mama, kenapa anak2 sedare panggil dia Man? Hahahaa.. ade sejarahnya. Nak tau, kena tanya Man sendiri..kekekee). Mak Lang duduk kat rumah kita lebih kurang seminggu. Alhamdulillah.. Dan terima kasih x terhingga pada Mak Lang (Kak Yang) dan anak2 juga Jannah kerana sudi temankan mama dan anak2 mama sementara ayah ke India.

Ayah sampai rumah hari Sabtu pagi, tapi katanya badannya agak penat untuk drive balik kampung. Tapi, alhamdilillah, Man x kerja hari tu, so, mintak tolong Man ambik Mak Lang balik rumah nenek.

Hari ahad, 2/12/2012, kite semua balik kampung, yeaaayeeaaa.. Walaupun x lama, tapi seronok. Kebetulan, ramai yang ada kat rumah nenek. Best, best. Mama ingatkan nk balik malam, tapi, ayah dapat panggilan yang Makde Mi nak dtg rumah kita. Alhamduilillah. Dapatlah Along ngn Najwa kawan lagi. Ade harapan la tak gi TAska lagi hehehehee.. Seronok la tuh..

Makde Mi datang ngan Nasuha, Nazhan, Najwan, Kamelia (Kak Ya) dan Safiyah (kak Piah). Dieorang dtg dgn bas. Tapi, malam tu (malam selasa) Makde Mi balik semula ke Kuantan, ada kerja katanya. So, tinggallah, Nasuha, Kamelia dan Piah. Along ngan Najwa hepi habis, almaklumlah xyah pegi Taska. Cuma Adik Mihammad je yang mama hantar ke Taska. Bukan x percaya Nasuha dan Kamelia jaga, tapi takut dieorang x boleh nak rest plak. Kesian plak, dtg sini nak bagi dieorang "bercuti". Hehehe..

Sampai hari ini, 20/12/2012 hampir 3 minggu dieorang duduk kat rumah kita. Alhamdulillah, walaupun x semua tapi, sekurang-kurangnya, kerja rumah mama berkurangan. Lega sikit. Esok, kita balik Kuantan. YEEHHAAAAA...setelah 4 bulan x balik Kuantan, akhirnya dapat juga ayah cuti dan balik ke Kuantan. InsyaAllah, kita akan Kota Bharu jumpa Wan ngan Atuk. Mama pun dh lama sgt x ke Kelantan. (br sekali pegi seumur hidup).Ok, next time kita cerita plak pasal Kuantan & Kelantan.

Projek eskem mesia & kek pisang
Dinner kat Ani Sup Utara (dekat umah je)

Taman Tasik Shah Alam

Thursday, December 6, 2012

7th Anniversary

Assalamualaikum..



Pada 3 Disember 2012 hari tu, genaplah 7 TAHUN usia perkahwinan MAMA  & AYAH. Pejam celik, pejam celik, dah 7 tahun mama hidup bersama orang sangat mama cintai, ARIF RAHIMI BIN ALI. Sepanjang 7 tahun bersama ayah, mama sangat bahagia. Alhamdulillah kami telah dikurniakan 3 org cahaya mata yg sangat comel.Sungguh cepat masa berlalu. Bulan depan, (januari 2013) NURUL ADAWIYAH a.k.a ALONG akan masuk darjah satu (walaupun along baru aja smbut besday yg ke-6, 2 bulan lps). NAJWA plak tahun dpn 4 tahun. Mama ngan ayah ada bincang2 nak masukkan Najwa ke tadika memandangkan dia pun 'banyak cakap'. Rasanya xde masalah kot. So far, dia cepat berkawan. Tapi, blom decide betul2 lagi. MUHAMMAD a.k.a Adik plak dah setahun, dah pandai jalan pun. Cuma masih blom pandai cakap. Satu perkataan (lengkap) pun blom kedengaran lagi. Dia masih dgn bahasanya lagi.

Apa-apa pun, mama sangat bahagia. Terima kasih pada ayah yang sangat penyayang dan sememangnya banyak bersabar dengan karenah mama. Abang, I LOVE YOU SO MUCH..


Ya Allah…
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalaYa Allah..
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin……

I liiiikkkkeee!!!!!!

Assalamualaikum.


Hehehe.. Nampak x botol air merah berisi air nescaffe tu? Tu la bekal air mama semalam. Apesal tetiba bawak bekal air plak kan? Kat opis mama dah abis nescaffe ke? Takde air ke sampai nak kena bawak bekal air dr rumah? Bukan, bukan.. semuanya salah. Sebenarnya, bekal air tu, ayah yang tolong buatkan untuk mama. Romantika di amor x? Heheheh, bukan lah ayah x pernah buat air untuk mama, pernah dan bayak kali pun. Cuma kali ini, memang tujuan air itu nescaffe itu dibuat adalah untuk mama bawa ke opis.
Dan sebagai menghargai kerja keras ayah yang dh buat air nescaffe itu, mama pun dengan bangganya membawa air ini ke opis.

Bila sampai opis, dieorang pun pelik, aik, kenapa bawak air plak ni? Bila mama bagitau ayah yang tolong buatkan, dieorg sengih2. "Ha, ni mesti sbb anniversary baru2 ni kan?" Hehehe.. Mama pun senyum2 je..
Anyway, thanks to SUAMIKU yang baik hati sbb sudi
buat bekal air ni. Len kali buat lag ye.. Luv u.. 

Thursday, November 22, 2012

Ayong's Birthday Celebration

Assalamualaikum..

Akeekekee.. Tajuk bukan main. Macam besar sgt celebration nye. Buat kat sekolah je pun. Actually, Ayong nak buat besday party kat rumah, nak panggil kengkawan datang rumah. Tapi, bila Mama pikir2kan, susah gak. Sebab utamanya kawan2 sekolah (tadika) Ayong mostly dok kat Fasa 3. Tu yang payah tu. Takkan nak suh parent dieorg dtg anta kan. (Sebenarnya boleh je nak buat cam tuh, tp Mama kurang brkenalan ngn parent2 dieorg. Itulah alasan yg sebenaqnya. So, seganlah..cewah2)

Ok, since sekolah pun memang buat besday party every month, so Mama nk tumpang lah. Puas pujuk Ayong. Akhirnya, Ayong pun setuju untuk buat kat sekolah je. Tapi, Ayong mintak kek besdaynya, mesti ada gambar Ayong banyak2. Oklah sayang we'll do everything for you.

So, bermulalah pencarian Mama di Google, mencari blog2 masakan/kek/etc yang boleh buat kek macam yang Ayong request. Cari punye cari, punye cari akhirnya jumpa juga. Dan setelah bincang2 ngan Ayah & Ayong, Ayong pun setuju.

On 31/10/2012, Mama & Ayah pun ke sekolah Ayong bersama-sama Najwa, Muhammmad membawa kek yang diiadam-idamkan. Namun, kami agak kecewa dgn kek itu. Walaupun sangat menarik, tapi rasanya agak kureng. Budak2 pun x berapa nak mkn sgt. Tapi, apa2pun, Ayong happy. That the most important. I LUV U AYONG.. MUUAAHHH!!!!

Ayong with her friends who also born in October


Actually, all of them are birthday girls/boys



Rainbow Cake for Ayong.

Friday, October 5, 2012

ANEKA PETUA


Sumber: Majalah Mingguan Wanita


Daun Petai Cina Penaik Seri Wajah

Untuk mendapatkan wajah yang berseri, cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan. Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah sewaktu mandi. Kemudian tunggu beberapa saat sebelum dibersihkan dengan air. Amalkan pada waktu pagi dan petang selama satu bulan. Hasilnya tentu tidak mengecewakan. InsyaAllah.




Legakan Perut Yang Memulas

Pasti tidak selesa jika perut memulas. Atasinya dengan mengambil pucuk ciku secukupnya lalu masukkan ke dalam periuk berisi air. Rebus hingga mendidih. Minum air tersebut setelah sejuk. InsyaAllah, perut yang memulas akan lega.





Mengeluarkan Cacar Air

Untuk mempercepatkan proses pengeluaran cacar air, ambil lima helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya. Air rebusan hendaklah agak panas sedikit. Gosokkan juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit. Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Kepada sesiapa yang tak tahu daun jarak, cuba tengok gambar di bawah, mungkin dapat membantu.




Mengekalkan Kesegaran Udang

Udang basah/segar mudah berbau jika tidak pandai menyimpannya. Cara paling mudah ialah membersihkan dan membuang kulitnya terlebih dahulu. Kemudian gaulkan udang dengan gula kasar dan siman dalam peti sejuk.




Thursday, September 27, 2012

Our Princesses

Asslamualaikum.




Cumel tak budak berdua tu?? Heehehehee..ni gambar 2 tahun lepas, masa attending my boss's daughter's wedding (Mr. Mariappen's daughter). Ayong baru 4 tahun, Najwa plak, 1 thn lebih. Cuba tgk Najwa tuh, dgn rambut ikat style pokok klape, mulut ternganga..heehhee, Ayong plak senyum2 simpul.. So cute.. Mama akan merindui saat2 ini satu hari nanti. Mama doakan puteri-puteri Mama akan menjadi org2 yang solehah dan dapat memberi manfaat pd org lain.

Hari ini, Ayong dah 6 tahun, Najwa dah 3 tahun lebih dan dah ada 'hero' seorang yg akan sambut 1st birthday next month. Ayong dan Wa sgt akrab. Kalau buleh, semua benda dieorg nk sama, tp sebenarnya dieorg juga byk perbezaan antara satu sama lain. Fizikal pun dh nmpak lain walaupun kalau tgk lama2, memang ada persamaan. Ye lah kan, datang dari punca yg sama, hahhaaahahaa.. Tapi, walauapapun, Mama dan Ayah tetap sayang semua anak2 kami dan sgt2 bersyukur kpd Allah atas kurniaan yg sgt berharga ini. Thank you ALLAH..

Sekarang cuba tgk gambar2 kat bawah ni.. Gambar2 ni baru je diambik masa Mama buat open house hari tuh. Dieorg ni, telah disiapkan (rambut & mekap) oleh Zira & Nisha, anak2 kak maimun. Kalau korang nk tau, kak maimun tu adalah jiran sblh rumah yg sgt baik. Pagi tuh, masa mama sibuk2 siapkan hidangan utk open house dan kemas rumah (tanpa maid), pastinya keadaan agak sangat kelam kabut dan huru hara. Tanpa diduga (konon), kak maimon/cik mon dtg rumah dn terus buat tolong2 tanpa disuruh (takkan nk suruh jiran plak kan, malu beb). Yg bestnya, bukan setakat potong2 buah dan susun2 pinggan, siap sapu dan mob lantai lg. Ok lah boleh diterima. Tapi, yg agak xtream, husband cik mon...siap lap kipas siling!!! DANG! Mama & Ayah speechless. Apa2pun, terima kasih yg tersangat2 kepada jiranku suami isteri sbb byk membantu kami x kira masa..Moaga Allah balas jasa kalian sekeluarga.

SAMA TAK??

Dah besar anak Mama ni.

Rambut dpn dh panjang.

Tuesday, September 25, 2012

Permata Hati Mama




Gigi Ayong

Assalamualaikum



Sila tengok gigi Ayong..

15/9/2012 - Hari ini dalam sejarah yg patut dikenang..Hari ini Ayong telah 'kepatahan' gigi yang pertama..
Sebenarnya, gigi tu dah lama goyang tp x la goyang sgt. Jadi, mama pun buat dunno aje cuma cakap ngn Ayong cuba2lah tolak gigi ngn lidah biar cepat tercabut. Rupa2nya, 2 minggu lepas, Mama perasan gigi kekal dh tumbuh kat belakang gigi yang goyang tuh. Apa lagi, mama pun panik la (takut nnti gigi Ayong x cantik/teratur). Mama paksa Ayong tolak gigi tu kuat2 dan buat selalu. Finally, pada 15/9/2012, gigi pertama Ayong telah tercabut.. CUMEL kan anak Mama..

Hari itu dalam kenangan..

Assalamualaikum.

Hehe..cuma tengok gambar kat bawah nih.. Agak2nya, apa kaitan gambar nih ngan Mama.. Ada sesapa buleh jawab?  akekekekee..

Beberapa hari lepas, mama tunjuk gambar nih kat opismate..sumer tanye, "gambar saper nih? Saper yg kawen nih?" Hahahahaa..takde rupe ker? Lain sangat ker? Mungkin mekap tu tebal sgt, sampai dh x kenal saper 'org' itu..

Gambar ni diambik pada 4 Disember 2005 iaitu tarikh dimana mama disatukan ngn ayah, my beloved husband. Time nih, rase seronok sgt sbb ramai kengkawan datang. Almaklumlah, ramai kengkawan masih bujang dan bekerja kat KL. Mama nih antara yang kawen 'awal'. Dieorg semua kawen lps mama. Mmmppp..rindu sgt momen2 masa bujang dulu. Time dok kat flat beramai2. Kecoh sentiasa. Bayangkan, rumah sewa kiteorg cuma ada 2 bilik 1 bilik air. Tapi, yang menyewa 8 org..Kehkehkeh..


Rindu korang; Kak Sah, Hajar, Norizah, Aisyah & Kak Meri


FREEZER COOKING..

Assalamualaikum..

Sapa tau pasal freezer cooking? Dah pernah buat? Baru2 ni, Mama terbaca kat internet pasal freezer cooking ni, ghupanya dah lama dah dieorang practice bende nih..

Freezer cooking, terjemahan yang paling simple adalah masak banyak2 pastu simpan dalam freezer untuk satu2 jangka masa. Normally, org akan buat untuk 1 minggu.. dan selalunya org2 yg kekurangan masa nak masak hari yg buat perangai mcm nih..

Setakat ni, Mama blom pernah cuba, tapi setakat simpan makanan yang x habis dan panaskan semula bila2 nak makan tu adalah. Tapi, kalau masak memang tujuannya nak simpan dalam freezer, blom pernah buat lg..

Ada sekali dulu, Mama gi rumah aunty Fuzy (kawan Wan dan semestinya gi ngan ayah & Wan). Time nk balik tuh, dia ambik 1 bekas (cam bekas taufufa tuh) dr freezer and bagi kat Mama, dia kata sambal tumis (siap ada bawang, garam, gula & asam) beku. Dia memang buat banyak2, pastu dia bagi kat anak2 dia. (Rajin kan..)

Mama rasa macam nak buat gak freezer cooking nih.. Tapi, kena search lagi, apa makanan yang sesuai untuk disimpan dlm freezer tapi rasanya tetap best dan sedap.. Agak2, gulai/kari ok tak??

Nanti kita cuba ye..

Antara gambar freezer cooking..
Peerrgghh..penuh..