Assalamualaikum..
Sapa tau pasal freezer cooking? Dah pernah buat? Baru2 ni, Mama terbaca kat internet pasal freezer cooking ni, ghupanya dah lama dah dieorang practice bende nih..
Freezer cooking, terjemahan yang paling simple adalah masak banyak2 pastu simpan dalam freezer untuk satu2 jangka masa. Normally, org akan buat untuk 1 minggu.. dan selalunya org2 yg kekurangan masa nak masak hari yg buat perangai mcm nih..
Setakat ni, Mama blom pernah cuba, tapi setakat simpan makanan yang x habis dan panaskan semula bila2 nak makan tu adalah. Tapi, kalau masak memang tujuannya nak simpan dalam freezer, blom pernah buat lg..
Ada sekali dulu, Mama gi rumah aunty Fuzy (kawan Wan dan semestinya gi ngan ayah & Wan). Time nk balik tuh, dia ambik 1 bekas (cam bekas taufufa tuh) dr freezer and bagi kat Mama, dia kata sambal tumis (siap ada bawang, garam, gula & asam) beku. Dia memang buat banyak2, pastu dia bagi kat anak2 dia. (Rajin kan..)
Mama rasa macam nak buat gak freezer cooking nih.. Tapi, kena search lagi, apa makanan yang sesuai untuk disimpan dlm freezer tapi rasanya tetap best dan sedap.. Agak2, gulai/kari ok tak??
Nanti kita cuba ye..
| Antara gambar freezer cooking.. |
| Peerrgghh..penuh.. |
No comments:
Post a Comment