Asslamualaikum.
Cumel tak budak berdua tu?? Heehehehee..ni gambar 2 tahun lepas, masa attending my boss's daughter's wedding (Mr. Mariappen's daughter). Ayong baru 4 tahun, Najwa plak, 1 thn lebih. Cuba tgk Najwa tuh, dgn rambut ikat style pokok klape, mulut ternganga..heehhee, Ayong plak senyum2 simpul.. So cute.. Mama akan merindui saat2 ini satu hari nanti. Mama doakan puteri-puteri Mama akan menjadi org2 yang solehah dan dapat memberi manfaat pd org lain.
Hari ini, Ayong dah 6 tahun, Najwa dah 3 tahun lebih dan dah ada 'hero' seorang yg akan sambut 1st birthday next month. Ayong dan Wa sgt akrab. Kalau buleh, semua benda dieorg nk sama, tp sebenarnya dieorg juga byk perbezaan antara satu sama lain. Fizikal pun dh nmpak lain walaupun kalau tgk lama2, memang ada persamaan. Ye lah kan, datang dari punca yg sama, hahhaaahahaa.. Tapi, walauapapun, Mama dan Ayah tetap sayang semua anak2 kami dan sgt2 bersyukur kpd Allah atas kurniaan yg sgt berharga ini. Thank you ALLAH..
Sekarang cuba tgk gambar2 kat bawah ni.. Gambar2 ni baru je diambik masa Mama buat open house hari tuh. Dieorg ni, telah disiapkan (rambut & mekap) oleh Zira & Nisha, anak2 kak maimun. Kalau korang nk tau, kak maimun tu adalah jiran sblh rumah yg sgt baik. Pagi tuh, masa mama sibuk2 siapkan hidangan utk open house dan kemas rumah (tanpa maid), pastinya keadaan agak sangat kelam kabut dan huru hara. Tanpa diduga (konon), kak maimon/cik mon dtg rumah dn terus buat tolong2 tanpa disuruh (takkan nk suruh jiran plak kan, malu beb). Yg bestnya, bukan setakat potong2 buah dan susun2 pinggan, siap sapu dan mob lantai lg. Ok lah boleh diterima. Tapi, yg agak xtream, husband cik mon...siap lap kipas siling!!! DANG! Mama & Ayah speechless. Apa2pun, terima kasih yg tersangat2 kepada jiranku suami isteri sbb byk membantu kami x kira masa..Moaga Allah balas jasa kalian sekeluarga.
![]() |
| SAMA TAK?? |
![]() |
| Dah besar anak Mama ni. |
![]() |
| Rambut dpn dh panjang. |




No comments:
Post a Comment