Thursday, September 27, 2012

Our Princesses

Asslamualaikum.




Cumel tak budak berdua tu?? Heehehehee..ni gambar 2 tahun lepas, masa attending my boss's daughter's wedding (Mr. Mariappen's daughter). Ayong baru 4 tahun, Najwa plak, 1 thn lebih. Cuba tgk Najwa tuh, dgn rambut ikat style pokok klape, mulut ternganga..heehhee, Ayong plak senyum2 simpul.. So cute.. Mama akan merindui saat2 ini satu hari nanti. Mama doakan puteri-puteri Mama akan menjadi org2 yang solehah dan dapat memberi manfaat pd org lain.

Hari ini, Ayong dah 6 tahun, Najwa dah 3 tahun lebih dan dah ada 'hero' seorang yg akan sambut 1st birthday next month. Ayong dan Wa sgt akrab. Kalau buleh, semua benda dieorg nk sama, tp sebenarnya dieorg juga byk perbezaan antara satu sama lain. Fizikal pun dh nmpak lain walaupun kalau tgk lama2, memang ada persamaan. Ye lah kan, datang dari punca yg sama, hahhaaahahaa.. Tapi, walauapapun, Mama dan Ayah tetap sayang semua anak2 kami dan sgt2 bersyukur kpd Allah atas kurniaan yg sgt berharga ini. Thank you ALLAH..

Sekarang cuba tgk gambar2 kat bawah ni.. Gambar2 ni baru je diambik masa Mama buat open house hari tuh. Dieorg ni, telah disiapkan (rambut & mekap) oleh Zira & Nisha, anak2 kak maimun. Kalau korang nk tau, kak maimun tu adalah jiran sblh rumah yg sgt baik. Pagi tuh, masa mama sibuk2 siapkan hidangan utk open house dan kemas rumah (tanpa maid), pastinya keadaan agak sangat kelam kabut dan huru hara. Tanpa diduga (konon), kak maimon/cik mon dtg rumah dn terus buat tolong2 tanpa disuruh (takkan nk suruh jiran plak kan, malu beb). Yg bestnya, bukan setakat potong2 buah dan susun2 pinggan, siap sapu dan mob lantai lg. Ok lah boleh diterima. Tapi, yg agak xtream, husband cik mon...siap lap kipas siling!!! DANG! Mama & Ayah speechless. Apa2pun, terima kasih yg tersangat2 kepada jiranku suami isteri sbb byk membantu kami x kira masa..Moaga Allah balas jasa kalian sekeluarga.

SAMA TAK??

Dah besar anak Mama ni.

Rambut dpn dh panjang.

Tuesday, September 25, 2012

Permata Hati Mama




Gigi Ayong

Assalamualaikum



Sila tengok gigi Ayong..

15/9/2012 - Hari ini dalam sejarah yg patut dikenang..Hari ini Ayong telah 'kepatahan' gigi yang pertama..
Sebenarnya, gigi tu dah lama goyang tp x la goyang sgt. Jadi, mama pun buat dunno aje cuma cakap ngn Ayong cuba2lah tolak gigi ngn lidah biar cepat tercabut. Rupa2nya, 2 minggu lepas, Mama perasan gigi kekal dh tumbuh kat belakang gigi yang goyang tuh. Apa lagi, mama pun panik la (takut nnti gigi Ayong x cantik/teratur). Mama paksa Ayong tolak gigi tu kuat2 dan buat selalu. Finally, pada 15/9/2012, gigi pertama Ayong telah tercabut.. CUMEL kan anak Mama..

Hari itu dalam kenangan..

Assalamualaikum.

Hehe..cuma tengok gambar kat bawah nih.. Agak2nya, apa kaitan gambar nih ngan Mama.. Ada sesapa buleh jawab?  akekekekee..

Beberapa hari lepas, mama tunjuk gambar nih kat opismate..sumer tanye, "gambar saper nih? Saper yg kawen nih?" Hahahahaa..takde rupe ker? Lain sangat ker? Mungkin mekap tu tebal sgt, sampai dh x kenal saper 'org' itu..

Gambar ni diambik pada 4 Disember 2005 iaitu tarikh dimana mama disatukan ngn ayah, my beloved husband. Time nih, rase seronok sgt sbb ramai kengkawan datang. Almaklumlah, ramai kengkawan masih bujang dan bekerja kat KL. Mama nih antara yang kawen 'awal'. Dieorg semua kawen lps mama. Mmmppp..rindu sgt momen2 masa bujang dulu. Time dok kat flat beramai2. Kecoh sentiasa. Bayangkan, rumah sewa kiteorg cuma ada 2 bilik 1 bilik air. Tapi, yang menyewa 8 org..Kehkehkeh..


Rindu korang; Kak Sah, Hajar, Norizah, Aisyah & Kak Meri


FREEZER COOKING..

Assalamualaikum..

Sapa tau pasal freezer cooking? Dah pernah buat? Baru2 ni, Mama terbaca kat internet pasal freezer cooking ni, ghupanya dah lama dah dieorang practice bende nih..

Freezer cooking, terjemahan yang paling simple adalah masak banyak2 pastu simpan dalam freezer untuk satu2 jangka masa. Normally, org akan buat untuk 1 minggu.. dan selalunya org2 yg kekurangan masa nak masak hari yg buat perangai mcm nih..

Setakat ni, Mama blom pernah cuba, tapi setakat simpan makanan yang x habis dan panaskan semula bila2 nak makan tu adalah. Tapi, kalau masak memang tujuannya nak simpan dalam freezer, blom pernah buat lg..

Ada sekali dulu, Mama gi rumah aunty Fuzy (kawan Wan dan semestinya gi ngan ayah & Wan). Time nk balik tuh, dia ambik 1 bekas (cam bekas taufufa tuh) dr freezer and bagi kat Mama, dia kata sambal tumis (siap ada bawang, garam, gula & asam) beku. Dia memang buat banyak2, pastu dia bagi kat anak2 dia. (Rajin kan..)

Mama rasa macam nak buat gak freezer cooking nih.. Tapi, kena search lagi, apa makanan yang sesuai untuk disimpan dlm freezer tapi rasanya tetap best dan sedap.. Agak2, gulai/kari ok tak??

Nanti kita cuba ye..

Antara gambar freezer cooking..
Peerrgghh..penuh..