Thursday, February 21, 2013

Kuantan Kami Datang

Assalamualaikum.
Bismillahirrahminirrahim.

Kami pulang ke Kuantan pada Raya cina (Tahun Baru Cina) lepas. Katenye ade orang rindu. Betul ker? Hehehee.. sebenarnya takde agenda penting pun, sekadar melawat adik-beradik ayah yang di Kuantan. Kebetulan, Pak Ngah pun ada, maka cukuplah korum. Cuma yang xde Wan ngan Atuk. lagipun, nak balik ke Kuantan ni bukan senang. Kalau setakat hujung minggu tu, susah lah sikit. Bukan apa, as everybody knows, mama cannot drive. So, ayah akan drive sorang2. (Memang la x boleh nak drive 2 orang kan, hehehe) Kesian kat ayah kan. So, kali nih, cuti raya cina agak panjang (Ahad - Selasa) tu yang boleh balik Kuantan. Kiteorang balik Kuantan petang Sabtu and balik semula ke KL hari Selasa. Puas jugak lah ayah berehat di kampung halaman. Eccehh.. kampung la sangat kan..heheheee.. Hari Isnin, kiteorang ke pantai Selamat untuk bermandi-manda macam biasa. Tak sah kalau balik Kuantan x mandi laut, except kalau keadaan/cuaca x mengizinkan. Alhamdulillah, cuaca pada hari tuh sangat OK. Redup je. Tapi mama tak mandi sebab Adik Muhammad tido. Lama plak tuh, orang dh abis mandi baru bangun. Its ok, lain kali kite gi kelah lagi ek..










Hari Pernikahan Kak Ngah (Syafiqa)

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..


Ini cerita tahun lepas. Ada mama kesah! Hehehehee.. baru ada kesempatan nak upload gambo ni sebenaqnya. OK what! Majlis ni diadakan pada malam 21/12/12. Time ni memang kita balik kuantan sbb esoknya nak pegi ke Kelantan melawat Wan & Atok di sana. Tapi, kita x smpat untuk datang majlis bersanding yang dibuat pada malam esoknya pulak. Apa-apa pun, selamat pengantin baru, didoakan semoga panjang jodoh dan bahagia bersama..
Sebelom nikah.

Time nikah

Lepas nikah

Mandi manda

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Nih cerita bulan lepas yang mana mama/ayah bawa anak2 mandi kolam. Memang dah lama x bawa anak2 especially Ayong & Najwa mandi kolam. Kali nih, bukan kat mana pun, kat kampung jer. Jadilah.. Anak2 sedara yang lain dah selalu datang sini. Kalau Jannah ngan Naim tu x yah citer lah, memang dah selalu sgt dtg sini. Anak2 Kak Yang/Mak Lang pun dah biasa datang. Kali ini giliran anak2 mama plak. Tapi, kami gi sekali ngan Jannah, Naim, Fikri, (Ayyub, Luqman x mandi), Suffian, Safwan, Saad & Syamil. Kolam nih kepunyaan Homestay .. (ntah apa nama dia, x ingat) kat Kg. Parit Serong. So far, air dia bersih. puas la diaorang mandi, dekat 2 jam jugak. Bayaran x mahal pun, RM3 per entry. Mandi la sampai kecut2 tangan.  Next time boleh pegi lagi..

Add caption

Thursday, February 14, 2013

DINNER MAGGI GORENG SEMPOI


Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni mama takde ape sangat pun cerita. Saja nak menempelkan gambo ni. Minggu lepas mama goreng maggi dan goreng nugget je untuk dinner sbb dah boring beli makanan kat luar. Almaklumlah, sekarang nih mama jarang-jarang masak malam sebabnya Ayong selalu keletihan bila balik dari sekolah (petang). Jadi, untuk jimat masa, kiteorang beli jer dan makan kat rumah. Ade sekali tu, mama beriya masak, abis masak jer mama tengok Ayong dah tido. Kasihan anak mama. Letih sangat nampaknya. So, most of the time mama/ayah beli jer. Jadi bila balik rumah Ayong boleh terus mandi dan makan. Lepas makan boleh rrehat sekejap atau buat homework, then dah boleh tido. Sejak masuk darjah 1 nih, Ayong tido awal, kekadang baru pukul 9 Ayong dah selamat...malam...hehehehee.


Maggi goreng & Nugget ikan
Resepi Maggi Goreng Sempoi
Bahan-bahan:
* 3 bungkus maggi/ape2 mee segera (rendam dalam air panas, bila dah kembang sikit,  angkat & toskan)
* 1/2 biji bawang besar kuning - potong kecik2
* 1 ulas bawang putih - potonng kecik2
* sayur-sayuran yg ada dlm peti ais
* beberapa ekor udang putih
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 bungkus serbuk perasa mee segera maggi

Cara-cara:
* Tumis hirisan bawang besar & bawang putih dengan sedikit minyak.
* Masukkan sos tiram & serbuk perasa mee segera maggi
* Masukkan sayur, kacau
* Masukkan udang & mee yang dah ditoskan.
* Kacau rata, rasa. (Kalau kurang masin, tambah garam sikit)
* SIAP

Wednesday, February 6, 2013

DOA DHUHA

ASSALAMUALAIKUM
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Doa Setelah Solat Dhuha

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahannya keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu, kekuasaannya kekuasaanMu dan perlindungannya perlindunganMu. Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah, jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"

Fadhilat Solat Dhuha

ASSALAMUALAIKUM
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi RA bahwasanya Nabi SAW telah bersabda : Allah telah berfirman:
Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik RA berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud: “Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Copy paste dari sini


# Marilah kita berusaha untuk tunaikan Solat Dhuha seselalu mungkin #


LUNCH TREAT BY MR BOSS

Assalamualaikum..

Hari ni mama nak cerita pasal lunch treat by my boss last week. Boss mama belanja makan sempena dia dapat anugerah JP (Justice of Peace) dan juga sempena tahun baru. For me, x kesahlah sebab apa, atau sempena apa pun, yg penting makan free. Kehkehkeh.. Ade orang kata makan yg paling sedap adalah makab free. Betul ker? Tengok gak kan. Kalau setakat belanja ....... hehehehee. Tak baik kan :p. Org dah belanje tu makan je lah, yg penting halal!

Breakfast with My Beloved Hubby!

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Kehkeh..Macam la org lain x bekfes ngn hubby derang kan?? Hahahhaaa.. suka ati i la kan. Hari ni Mama besfes ngn ayah kat Pelita Nasi Kandar Subang Jaya. Sebenaqnyakan, semenjak Along sekolah ni, boleh dikatakan mama & ayah akan besfes sama2 hari2. Kecualilah ada hal2 yg x dpt nk elak. Almaklumlah, kuar rumah awal, pas anta semua anak2, stil masih awal, tu yg pegi bekfes. Mesti ade yg tanya kan, x buat bekfes kat umah ker? Anak2 gi sekolah x bekfes dulu ker? Hahahaa, jawapannya memang x arr. Kalau dh masak kat rumah, apa barang nak bekfes kat luar plak kan. Hehehhheee.. Awal2 Along sekolah tu, ada gak mama buat bekfes and bawakkan bekal untuk Along ke sekolah. Tapi, bebudak nih x pandai nk makan pagi. Paling best pun dierong boleh makan kongkong kash a.k.a coco crunch. Mama goreng nugget pun x jalan. Bila lagu tuh, malas la mama nak sibuk2 masak pepagi kan. Ayah pun OK je.. So, untuk hari ni, kami bekfes kat Pelita. Alhamdulillah.. 

Journey to Kelantan

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..

Ni nak cerita pengalaman ke kelantan pada cuti krismas lepas. Memandangkan ayah dapat cuti agak panjang (sbnrnya cuti umum je pun, tp bila dilihat dr sejarah cuti2 ayah yg lps, kali ini agak pnjang la jugak hehehehee), ayah planned nak ke kelantan untuk berjumpa ibu kesayangannya (WAN) yg dah lame tak berjumpa. Kalau tak silap mama, last sekali kami jumpa time raya puasa, tak ke dah lama tuh! hehee, miss u too my mother in law :-)

So, bermulalah perjalanan yang panjang itu. Hari Jumaat 21/12/2012, lbh kurang pukul 11.30 pg gerak balik ke Kuantan bersama-sama Ya, Nasuha dan Piah yang dh 3 minggu dok kat umah temankan Adawiyah & adik2 sempena cuti sekolah ari tuh. Macam biasa, perjalanan lebih kurang 4 jam (termasuk benti makan + qada' hajat). Malam tuh, Kak Baini (sepupu ayah) buat kenduri sempena pernikahan anaknya, Syafiqah. Apa lagi, makan free. Ambik2 gambo skit, pastu balik umah wan (kuantan) tido sbb nak ke kelantan plak esok paginya.

Perjalanan ke Kelantan alhamdulillah lancar, cuma lewat sampai sebab hujan. Dalam perjalanan entah berapa kali Wan tepon sbb x sampai2. Almaklumlah, ramai rakyat jelata, jadi banyaklah ragamnya. Kalau setakat benti nk ke tandas tu, x yah cakap lah, x terkira. Heheheeehee..

Sampai je kat rumah Wan, Wan hidangkan mee goreng ++ (dan makanan yg lain2). Nampak sangat Wan gembira, ye lah sapa x seronok bila anak2 dan cucu datang menjenguk, betul tak? Lepas siap makan & borak2 & ketawa2..apalagi, TIDO! Hah ambik kau, bersusun. (lupa nak ambik gambo) No golek2 ok. Sila tido dgn badan yg statik. kahkahkah.. Bukan apa, umah Wan tu memang untuk 2 org jer, tapi bila askar2 ni dtg, sndiri mau ingatlah kan..

Berada di Kelantan selama 3 hari di hujung tahun, x banyak aktiviti dapat dilakukan selain makan, borak & tido. SEBAB? Seperti yg diketahui umum, musim tengkujuh. hujan tak berenti. Boleh dikatakan sepanjang berada di sana, hujan mmg x berenti. 24 hours, non-stop! Namun, disebabkan tujuan asalnya ke Kelantan adalah untuk berjumpa WAN, so x lah terkilan sangat. Yang penting niat anak2 nk jumpa ngn bonda yg tercinta TERCAPAI. Alhamdulillah. Wan ngn Atuk pun nampak sihat dan bahagia.

Pengalaman yg paling tak boleh lupa ialah perjalanan balik ke Kuantan pada hari Isnin, 24/12/2012 yg mengambil masa kira-kira 12 JAM. Oh tidaaaakkkkkkk! Banyak sungguh dugaan. Hujan mmg x berenti, itu understood. Banjir pulak, jalan tutup. Apa-apa pun, kami sampai dengan selamat. Alhamdulillah.

Benti makan jap!

With Atuk & Wan

Semua with Atuk & Wan


Hari Baru, Pengalaman Baru

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

2/1/2013.. Hari ni hari pertama Ayong bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 13, Shah Alam. Ayong masuk kelas Tahun 1 Tekun. Alhamdulillah, Ayong sungguh tenang dan gembira. Takde masalah dgn sekolah baru walaupun semuanya kawan2 baru. Almaklumlah, sekolah ni jauh dari rumah. Ape2pun, apa yang penting, ini sekolah terbaik bagi pencapaian UPSR untuk beberapa tahun yang lepas. Semoga aura kecemerlangan itu akan terus menyerap ke dalam diri Ayong. Dan antara salah satu faktor kenapa mama & ayah pilih SKS13 tu, sbb Cik Un mengajar kat situ. So, senang sket lah keja mama & ayah. hehehee..

Mama berdoa agar Allah membuka hati, melapangkan fikiran dan memberi kemudahan kepada Ayong untuk menerima segala ajaran yg diberikan oleh guru2.All the best Ayong! Luv You So Much.


Hari orentasi.

Ni baru betul2 first day sekolah..heheehhee..

Mama Sayang Kamu

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..


MAMA SAYANG KAMU. Mama memang sayang kamu. Kamu anak-anakku..hehehehee..menjiwang plak kan.. OK per, menjiwang ngan anak-anak. Mama sangat sangat sayang pada kamu semua. Tak dapat nak dibayangkan jika ada apa-apa berlaku pada kamu. Nauzubillah. Ya Allah, Kau perihalah anak-anakku dari segala musibah, mala petaka dan apa-apa kecelakaan yang aku tak mampu menanggungnya. Sessungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa aku adalah insan yang sangat lemah. Janganlah Kau memberi dugaan kepadaku melalui anak-anakku. Aku pohon Ya Allah, berikanlah aku kekuatan agar aku dapat menjaga mereka hingga akhir hayatku. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh agar mereka mendapat keberkatan di dunia & akhirat. Amin..