Wednesday, February 6, 2013

Journey to Kelantan

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..

Ni nak cerita pengalaman ke kelantan pada cuti krismas lepas. Memandangkan ayah dapat cuti agak panjang (sbnrnya cuti umum je pun, tp bila dilihat dr sejarah cuti2 ayah yg lps, kali ini agak pnjang la jugak hehehehee), ayah planned nak ke kelantan untuk berjumpa ibu kesayangannya (WAN) yg dah lame tak berjumpa. Kalau tak silap mama, last sekali kami jumpa time raya puasa, tak ke dah lama tuh! hehee, miss u too my mother in law :-)

So, bermulalah perjalanan yang panjang itu. Hari Jumaat 21/12/2012, lbh kurang pukul 11.30 pg gerak balik ke Kuantan bersama-sama Ya, Nasuha dan Piah yang dh 3 minggu dok kat umah temankan Adawiyah & adik2 sempena cuti sekolah ari tuh. Macam biasa, perjalanan lebih kurang 4 jam (termasuk benti makan + qada' hajat). Malam tuh, Kak Baini (sepupu ayah) buat kenduri sempena pernikahan anaknya, Syafiqah. Apa lagi, makan free. Ambik2 gambo skit, pastu balik umah wan (kuantan) tido sbb nak ke kelantan plak esok paginya.

Perjalanan ke Kelantan alhamdulillah lancar, cuma lewat sampai sebab hujan. Dalam perjalanan entah berapa kali Wan tepon sbb x sampai2. Almaklumlah, ramai rakyat jelata, jadi banyaklah ragamnya. Kalau setakat benti nk ke tandas tu, x yah cakap lah, x terkira. Heheheeehee..

Sampai je kat rumah Wan, Wan hidangkan mee goreng ++ (dan makanan yg lain2). Nampak sangat Wan gembira, ye lah sapa x seronok bila anak2 dan cucu datang menjenguk, betul tak? Lepas siap makan & borak2 & ketawa2..apalagi, TIDO! Hah ambik kau, bersusun. (lupa nak ambik gambo) No golek2 ok. Sila tido dgn badan yg statik. kahkahkah.. Bukan apa, umah Wan tu memang untuk 2 org jer, tapi bila askar2 ni dtg, sndiri mau ingatlah kan..

Berada di Kelantan selama 3 hari di hujung tahun, x banyak aktiviti dapat dilakukan selain makan, borak & tido. SEBAB? Seperti yg diketahui umum, musim tengkujuh. hujan tak berenti. Boleh dikatakan sepanjang berada di sana, hujan mmg x berenti. 24 hours, non-stop! Namun, disebabkan tujuan asalnya ke Kelantan adalah untuk berjumpa WAN, so x lah terkilan sangat. Yang penting niat anak2 nk jumpa ngn bonda yg tercinta TERCAPAI. Alhamdulillah. Wan ngn Atuk pun nampak sihat dan bahagia.

Pengalaman yg paling tak boleh lupa ialah perjalanan balik ke Kuantan pada hari Isnin, 24/12/2012 yg mengambil masa kira-kira 12 JAM. Oh tidaaaakkkkkkk! Banyak sungguh dugaan. Hujan mmg x berenti, itu understood. Banjir pulak, jalan tutup. Apa-apa pun, kami sampai dengan selamat. Alhamdulillah.

Benti makan jap!

With Atuk & Wan

Semua with Atuk & Wan


No comments:

Post a Comment