Assalamualaikum.
Bismillahirrahminirrahim.
Kami pulang ke Kuantan pada Raya cina (Tahun Baru Cina) lepas. Katenye ade orang rindu. Betul ker? Hehehee.. sebenarnya takde agenda penting pun, sekadar melawat adik-beradik ayah yang di Kuantan. Kebetulan, Pak Ngah pun ada, maka cukuplah korum. Cuma yang xde Wan ngan Atuk. lagipun, nak balik ke Kuantan ni bukan senang. Kalau setakat hujung minggu tu, susah lah sikit. Bukan apa, as everybody knows, mama cannot drive. So, ayah akan drive sorang2. (Memang la x boleh nak drive 2 orang kan, hehehe) Kesian kat ayah kan. So, kali nih, cuti raya cina agak panjang (Ahad - Selasa) tu yang boleh balik Kuantan. Kiteorang balik Kuantan petang Sabtu and balik semula ke KL hari Selasa. Puas jugak lah ayah berehat di kampung halaman. Eccehh.. kampung la sangat kan..heheheee.. Hari Isnin, kiteorang ke pantai Selamat untuk bermandi-manda macam biasa. Tak sah kalau balik Kuantan x mandi laut, except kalau keadaan/cuaca x mengizinkan. Alhamdulillah, cuaca pada hari tuh sangat OK. Redup je. Tapi mama tak mandi sebab Adik Muhammad tido. Lama plak tuh, orang dh abis mandi baru bangun. Its ok, lain kali kite gi kelah lagi ek..







No comments:
Post a Comment