Friday, April 5, 2013

HARI JUMAAT

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..




Salam Jumaat. Seperti yang telah maklum, hari Jumaat adalah penghulu hari. Banyak kelebihan dan banyak sejarah terjadi pada hari Jumaat. Mama ada baca 1 artikel  di http://www.iluvislam.com berkenaan keistimewaan hari Jumaat, antaranya:

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa, diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat." (Hadis Riwayat Ahmad)



Amalan-amalan yang sangat dilakukan di hari Jumaat (antaranya)




1.     Banyakkan berselawat ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW;

2.     Membacakan Surah As-Sajadah dan Surah Al-Insaan dalam solat subuh;

3.     Banyakkan berdoa; dan

4.     Membaca Surah al-Kahfi

Semoga kita diberi kekuatan untuk mengamalkan amalan-amalan diatas disamping menambahkan amalan yang lain2. Dan semoga hati kita dipelihara Allah agar sentiasa istiqamah dalam menunaikan tanggungjawab kita kepadaNya.

Amin Ya Rabbul Alamin..


No comments:

Post a Comment